History
Icon-add-to-playlist Icon-download Icon-drawer-up
Share this ... ×
...
By ...
Embed:
Copy
SOALAN MINGGU KE 9: BERDASARKAN AUDIO
September 28, 2010 06:58 AM PDT
itunes pic

Salam sejahtera kepada semua pelajar SMP2252. Pada soalan MINGGU KE 9,anda dikehendaki mendengar lagu ini. Klik pada Podcasting SMP2252 atau klik DI SINI (untuk memudahkan anda, sila klik download) untuk mendengar audio dan menjawab persoalan berikut:

1) Apakah nama alat muzik yang dimainkan pada minit tersebut?Klasifikasikan alat muzik tersebut.
1.1 Minit 00:01 hingga 00:09
1.2 Minit 00:11 hingga 00:13

2) Namakan ensembel muzik tersebut dan rentak yang dimainkan.

3) Berikan penjelasan dari mana asal ensembel ini dan bagaimana pengaruh serta budaya muzik luar masuk ke dalam ensembel ini khususnya alat-alat muzik yang digunakan.

Sila jawab pada ruangan komen pada posting di weblog ini. Komen anda akan disiarkan selepas mendapat pengesahan dari Admin Blog. Terima Kasih

UJIAN LATIHAN PENDENGARAN
July 22, 2010 07:52 AM PDT
itunes pic

Salam sejahtera kepada semua pelajar SMP2252. Sesi kuliah pada minggu ke 2, kita telah membincangkan 5 elemen utama iaitu Soundscapes, Budaya Muzik, Sejarah, Kategori Alat Muzik dan Konsep/Struktur muzik. Elemen yang ingin saya fokuskan di sini ialah Kategori Alat Muzik. Pada posting kali ini, anda dikehendaki mendengar lagu ini dan menjawab persoalan berikut:

1) Apakah nama ensembel yang diperdengarkan?

2) Berikan nama-nama alat muzik yang digunakan dan kategorikan alat-alat muzik tersebut.

3) Berikan penjelasan mengenai pengaruh dan budaya muzik luar terhadap ensembel ini khususnya penglibatan dan jenis alat-alat muzik yang digunakan di dalam ensembel ini.

Perhatian: Sila jawab pada ruangan komen pada posting ini Weblog ini. Komen anda akan disiarkan selepas mendapat pengesahan dari Admin Blog. Terima Kasih

Pengenalan Kursus SMP2252
July 20, 2010 12:04 PM PDT
itunes pic

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SELAMAT DATANG KE PODCASTING SMP2252 UPSI
Kursus ini memberi pendedahan kepada para pelajar beberapa bentuk muzik seperti muzik klasik, muzik rakyat, dan muzik sinkretik di Malaysia. Para pelajar berpeluang mengenali dan mengkaji sejarah, pengaruh, fungsi dan elemen-elemen muzik sesebuah masyarakat atau kaum di Malaysia. Pelajar juga diberi pendedahan menggunakan media sosial seperti weblog, facebook, podcasting dan youtube untuk mendapat informasi yang terkini di dalam bentuk multimedia. Latihan ujian lisan juga akan dijalankan di podcasting ini. Diharap para pelajar dapat mengikuti kursus ini dengan penuh komitmen. Terima Kasih

Selamat Datang Ke Podcasting SMT 2252 Muzik Tradisional Malaysia
June 27, 2010 10:00 AM PDT
itunes pic

Selamat datang ke Podcasting SMT 2252 Muzik Tradisional Malaysia. Kepada para pelajar yang telah mendaftar kursus ini, anda dikehendaki mengikuti arahan di weblog SMT2252 seterusnya menjalankan sesi ujian lisan di sini. Anda juga dikehendaki muat turun audio di sini untuk kegunaan latihan pendengaran. Terima kasih